Monday, October 12, 2015

MENGAPA KENA JAUHI SARANG LABAH-LABAH

Assalamualaikum..

Teguran guru kak Wada kepada ibu bapa yang hantar anak ke sekolah hafaz Al Quran berlaku tak lama selepas kak Wada balik dari mengerjakan umrah..adakah masa tu kak Wada sebenarnya sudah berjinak-jinak menghafaz Al Quran..sebelum pergi lebih jauh..izinkan kak Wada flashback dulu macam mana kak Wada boleh sampai ke arah nak meneroka Al Quran..

Kisah bermula dalam tahun 2013..kak Wada bagaikan meraba-raba mencari "sesuatu" dalam hidup ini..terasa ada yang tak kena dalam diri..masa hidup banyak dihabiskan dengan mengejar dan mencari duit..target mesti ada duit dan tabungan yang banyak sebab fikir dan yakin itulah cara kalau nak "secured" dalam hidup tak kiralah pada hari ini atau pada masa hadapan..

Nak kata tak solat..kak Wada solat..nak kata tak baca Quran..kak Wada baca Quran..kebanyakan kita fikir bila kita dah solat..dah mengaji kira kita ni dah betul sebab tak buat dosa..tapi mengapa dalam masa yang sama kak Wada rasa tak "secured"..banyak perkara yang kak Wada bimbangi..banyak perkara yang kak Wada rasa risau..rasa takut..pendek kata semua tu memang mengganggu hidup kak Wada..lantas kak Wada terfikir untuk mencari jawapan yang boleh menemukan jalan keluar..tidak mahu terus hidup sebegini..

Mungkin sebab kekurangan ilmu agama..maka kak Wada mula ke masjid-masjid berhampiran untuk mendengar kuliah Magrib..itu pun hanya kuliah Magrib malam Sabtu atau Ahad yang baru ada peluang sebab hari lain bekerja..kadang balik lambat so tak sempat nak pergi..satu hari dengan izin dan kehendak Allah..kak Wada dengar ceramah seorang ustaz ni di salah sebuah masjid..beliau membacakan ayat ini ketika berceramah..

Firman Allah:

"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah.  Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui.(Al-'Ankabut 29:41)"

Berdasarkan ayat tersebut..ustaz menerangkan bahawa orang yang hidupnya bergantung selain Allah adalah ibarat bergantung pada sarang labah-labah..sarang labah-labah ni macam dahan yang rapuh..tak kukuh..bila-bila masa boleh buat kita jatuh ke bawah..sebaliknya hanya dengan meletakkan pergantungan  kepada Allah sahaja yang kukuh dan kekal..sebab Allah tu kekal dan yang lain-lain tu bersifat sementara..

Kredit carian Google
 
"Betullah apa ustaz ni cakap..selama ni aku banyak letak pergantungan selain Allah..tak solid 100% bergantung dengan Allah"..kata hati kecil kak Wada..secara tak sedar memang selama ni kita hidup bergantung dengan duit..bergantung dengan kerja..bergantung dengan boss..bergantung dengan majikan..bergantung dengan kawan..bergantung dengan ekonomi..bergantung dengan pasaran..bergantung dengan sistem manusia..bergantung dengan network..bergantung dengan nasihat pakar..bergantung dengan customer..dan segala macam pergantungan dengan makhluk..rupanya semua tu sarang labah-labah..tak ada satu pun yang boleh kekal bertahan lama..patutlah kak Wada rasa tak "secured"..bila tak "secured" tentulah rasa bimbang..takut..risau..terancam..berisiko..so inilah jawapan yang kak Wada cari selama ni..

Sejak dari hari tu..kak Wada dan dak suami semakin bertambah minat untuk mengikuti kuliah ustaz tu..ceramah ustaz ni sangat berbeza dengan ustaz-ustaz lain..tak lekang mulutnya menyebut dalil dari Al Quran atas setiap apa yang disampaikan..bayangkan hanya satu ayat telah mengetuk pintu hati kak Wada..itulah mukjizat Al Quran..Allah telah mencampakkan hidayahNya ke dalam hati kak Wada..

Apakah kita benar-benar faham tentang bergantung dengan Allah..baca post MAKSUD SEBENAR BERGANTUNG KEPADA ALLAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...