Tuesday, August 23, 2016

SIRI (12) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Latihan dan ulangan sebanyak mungkin amat perlu untuk kita mahir isim spesis dhomir jenis muttasil..kak Wada mempunyai cara tersendiri untuk mahirkan diri dengan dhomir muttasil (bercantum)..ada yang kata kena hafal..actually tak perlu hafal kalau kita rajin buat latih tubi..

Di sini kak Wada nak kongsikan cara kak Wada bermain dengan 14 ahli keluarga dhomir muttasil..ambil sehelai kertas..buka mushaf al Quran dan pilih satu atau beberapa muka surat..cari ahli keluarga dhomir yang bercantum dengan harof..kemudian tuliskan satu persatu 14 ahli keluarga dhomir bila bercantum dengan harof tersebut..buat secepat yang mungkin..di dalam kotak tu adalah ahli keluarga dhomir muttasil yang dijumpai dalam ayat yang dipilih tadi..contohnya kak Wada pilih ayat-ayat daripada muka surat 1 surah Al Fatihah..muka surat 2-4 surah al Baqarah..lihat gambar di bawah ni..tulah rupa tulisan huruf hijaiyah kak Wada..ada macam tulisan ustazah tak?..hehehe..


Kemudian kak Wada teruskan lagi latihan bermain dengan 14 ahli keluarga dhomir muttasil dalam muka surat yang sama juga..kali ni ahli keluarga dhomir bercantum dengan isim..lihat gambar di bawah..


Buatlah latihan bermain dengan ahli keluarga dhomir muttasil ni sekerap yang mungkin dan seberapa banyak perkataan yang mungkin..mula-mula memang slow sikit..tapi once korang dah mahir..laju jer..lepas tu bila baca al Quran atau dengar bacaan ayat al Quran..rasa dah get used sangat..then fahamlah apa Tuhan cakap berbanding sebelum tu..

Terpulanglah kepada cara masing-masing..jika sesuai praktikkan..tapi bagi kak Wada..cara ni telah membantu kak Wada mahir dengan isim spesis dhomir ni kerana buat praktikal terus daripada ayat-ayat al Quran..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran mudah..orang yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (13) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

1 comment:

  1. ada link video tak nak main game ni, tak berapa faham lah siri 12 ni..nk main mcm mn nk bg mahir

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...