Tuesday, August 9, 2016

SIRI (4) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Semua perkataan isim (kata nama) dalam al Quran berjantina lelaki (muzakkar) kecuali apabila ada tanda yang menunjukkan ia isim perempuan (muannath)..apakah tanda-tanda isim itu jantinanya perempuan?..lihat diagram di bawah..ada tiga tanda asas..

 
Ada lagi perkataan kata nama yang termasuk dalam isim yang jantinanya perempuan..tapi sebelum kak Wada share..apa kata kita imbas kembali apa yang kita dah belajar sebelum ni..




Kembali semula kita kepada jantina isim di awal tadi..

 
Selain mengenal pasti dari tiga tanda di atas..ada juga perkataan kata nama yang memang telah termaktub berada dalam kumpulan jantina perempuan walaupun tiada tanda asas isim perempuan..antaranya..

1. Bahagian tubuh badan yang berpasangan seperti tangan..kaki..telinga..bibir dan sebagainya..

2. Perkataan api..neraka jahannam..

3. Perkataan-perkataan berkaitan alam ciptaan Allah yang banyak disebut dalam al Quran seperti langit..bumi..matahari..

4. Perkataan diri..ruh..jalan..

InsyaAllah next post kita akan apply apa yang kita dah belajar ni dengan mengeluarkan ayat-ayat al Quran yang mengandungi isim berjantina perempuan..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..bahasa syurga..

SIRI (5) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...