Thursday, August 18, 2016

SIRI (9) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Gambarajah di bawah menunjukkan salah satu jenis dhomir yang merupakan isim dominan..mengapa dipanggil isim dominan dan apa itu dhomir..nak tahu teruskan membaca hingga perenggan terakhir..

 
Ada yang dah lost ke..jangan risau..sebelum meneruskan perjalanan..kita check dulu lokasi pelajaran siri ini.. 
 
 
 
Kita dah belajar tiga perkara isim iaitu tanda..jantina dan bilangan..seterus kita nak belajar perkara keempat iaitu dominan..
 
Menurut kamus dewan dominan ni berkenaan banyaknya spesis tertentu dalam sesuatu kawasan..so bila kita apply dalam belajar bahasa al Quran ni bermakna berkenaan spesis-spesis isim yang banyak dalam al Quran..

Pendek kata spesis-spesis isim ni dia menguasai perkataan dalam al Quran..jadi kalau kita kenal sangat-sangat dengan spesis-spesis ni bermakna kita menguasai perkataan dalam al Quran dan juga menguasai bahasa al Quran..jom kita berkenalan dengan spesis-spesis isim..lihat diagram di bawah..


Ada lima jenis spesis isim yang banyak dalam al Quran..kelima-lima ni mendominasi perkataan dalam al Quran..kita start bekenalan dulu dengan spesis isim yang pertama iaitu dhomir atau ganti nama..spesis ini merupakan spesis yang paling banyak dalam al Quran..perkataan yang lahir dari spesis ini akan muncul berulang kali dalam hampir setiap ayat al Quran..spesis ini terbahagi kepada dua jenis..lihat diagram di bawah..


Dhomir munfasil ialah kata ganti nama yang berpisah..nak senang ingat..kata ganti nama jenis ni dia duduk sorang-sorang dia je dan tak bercantum dengan perkataan lain..dia ada 14 ahli keluarga..macam mana rupa..korang tengok diagram kat bawah ni..mula-mula ni korang tengok sekali imbas semua diagram tak apa..tapi lepas tu korang ulang-ulang tengok sampai 60 kali..confirm ingat punya..hehehe..

Kotak warna biru untuk jantina lelaki
Kotak warna pink untuk jantina perempuan
Kotak warna hijau boleh untuk kedua-dua jantina

Manakala dhomir muttasil ialah kata ganti nama yang bercantum..kata ganti nama jenis ni dia sepanjang masa duduk bercantum dengan perkataan lain..kerja nak berkepit je..hehehe..dia boleh bercantum atau berkepit dengan perkataan sesama isim, perkataan fiel atau perkataan harof..kat mana dia bercantum?..dia bercantum di hujung perkataan..dia pun ada 14 ahli keluarga..macam mana rupa..korang tengok diagram kat bawah ni..

Kotak warna biru untuk jantina lelaki
Kotak warna pink untuk jantina perempuan
Kotak warna hijau boleh untuk kedua-dua jantina

Nampak tak mudahnya bahasa al Quran ni..kalau bahasa Melayu nak cakap "bagi engkau berdua"..sampai tiga patah perkataan nak kena sebut tapi bahasa al Quran cuma dalam satu perkataan je..itu pun dalam empat huruf..so siapa kata bahasa al Quran ni susah..
 
Next siri kita akan practice isim spesis dhomir ni..macam mana nak practice..kita akan cari dan keluarkan spesis ni daripada ayat-ayat al Quran..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...