Thursday, September 8, 2016

SIRI (17) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Kita nak sambung pelajaran harof..ada tujuh lagi yang kita belum kenal..tapi kak Wada hanya mahu kenalkan lima sahaja..manakala dua lagi akan kak Wada terangkan masa kita belajar perkataan dalam al Quran kategori fiel (kata perbuatan)..lihat dulu gambarajah di bawah..nak tahu keterangan lanjut..teruskan membaca hingga perenggan terakhir..


Sebelum kak Wada beri penjelasan tentang lima lagi anak harof ni..apa kata kita search dulu location untuk memastikan yang kita "keep on the right track"..



Apakah lima lagi anak harof yang kita nak kenal..ada berapa anak setiap satunya?..lihat gambarajah di bawah..


Secara ringkasnya..perasan tak nama kedua-dua anak harof Istiknaf ni sama dengan nama dua anak Atof..exactly sama..tapi fungsinya ada sedikit berbeza..harof Atof fungsinya menyambung ayat manakala harof Istiknaf pula fungsinya memulakan ayat..jadi jangan terkeliru..sama tapi tak serupa..

Empat lagi harof iaitu harof Istithnak..harof Nidak..harof Nafi dan harof Nahi masing-masing hanya mempunyai satu anak sahaja..harof Nafi dan harof Nahi pun sama tapi tak serupa..fungsinya dalam ayat pun lain..Nafi tu fungsinya bila nak menidakkan perkataan selepasnya manakala Nahi pula fungsinya bila nak melarang dari melakukan sesuatu fiel (kata perbuatan)..akhir sekali harof Nidak fungsinya bila nak menyeru kata nama selepasnya.. 

Sekarang masa untuk kita bermain..seperti biasa..kita akan tangkap dan kurung dalam bulatan anak-anak harof yang kita dah kenal pada siri ini..jom kita tengok petikan ayat-ayat di bawah dari mushaf al Quran..ada tak anak-anak daripada kelima-lima harof yang kita dah belajar tadi..

Muka surat 6 Surah Al Baqarah
Kredit: www.searchtruth.com

Alhamdulillah..semuanya ada dalam ayat-ayat di atas dan telah pun dikurung dalam bulatan warna merah..almost done perkataan dalam al Quran kategori harof ni kecuali dua je lagi..mudah kan..bertambah faham lagi bahasa al Quran..bila kita berusaha bersungguh-sungguh nak belajar bahasa al Quran ni..InsyaAllah..Allah akan bukakan jalan dan kurniakan rezeki faham al Quran..inilah rezeki yang kita kena minta kepada Allah setiap hari sebab rezeki yang paling bernilai dalam hidup ini ialah rezeki Allah letakkan al Quran di hati kita..

Teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (18) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...