Saturday, September 17, 2016

SIRI (21) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Siri ini merupakan sambungan kepada siri 20 di bawah pelajaran isim dominan spesis isyarah yang terbahagi kepada dua jenis iaitu jarak dekat dan jarak jauh..kak Wada dah terangkan kat korang jenis jarak dekat..seterusnya kita nak tahu mengenai jenis jarak jauh pula..lihat gambarajah di bawah..


Jenis jarak jauh ni pun sama macam jenis jarak dekat yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan..juga terbahagi kepada tiga bilangan..satu..dua..dan lebih..kadangkala menunjuk jarak jauh ni digunakan untuk refer balik perkataan sebelumnya..perlu diingat yang perkataan sebelum atau selepas spesis isyarah jenis jauh ni tak semestinya menunjuk kepada orang sahaja..sebab tu dalam gambarajah kak Wada letak in bracket perkataan orang tu..boleh jadi sebelum atau selepasnya nama haiwan..tumbuhan..tempat dan apa-apa sahaja..

Dah kenal kan?..itu baru kenal biasa-biasa je..nak mahir kena kenal rapat..caranya kita kena cari dan buru spesis ini yang menguasai perkataan-perkataan dalam al Quran..jangan lupa permainan kita..tangkap dan kurung spesis ini dalam bulatan...mari kita lihat hasil tangkapan..

1 Surah Al Baqarah ayat 2
2 Surah Al Baqarah ayat 61
3 Surah Al Baqarah ayat 73
 Kredit: www.searchtruth.com
 
1 Surah Al Hijr ayat 1
2 Surah As Syuara' ayat 22
3 Surah An Naml ayat 52
Kredit: www.searchtruth.com

1 Surah Al Baqarah ayat 5
2 Surah Al Baqarah ayat 121
3 Surah Al Baqarah ayat 157
Kredit: www.searchtruth.com
 
Kak Wada harap korang practice selalu dengan bermain permainan ni..InsyaAllah boleh faham dan ingat..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya..

SIRI (22) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...