Sunday, July 9, 2017

SIRI (30) BELAJAR BAHASA AL QURAN MUDAH

Assalamualaikum..

Masih ingat lagi perkataan dalam Quran kategori harof?..soalan yang mesti ditanya tentang harof ialah apakah fungsinya..apakah fungsi harof yang berada sebelum fiel Mudhari'?..


Kita mulakan dengan ulangkaji pelajaran kita dulu..di mana lokasi kita sekarang..



Masih ingat lagi 10 anak harof ni?..kita dah kenal 8 daripada 10 anak harof ni..hanya 2 lagi belum kak Wada kenalkan kerana kak Wada hold sehingga kita belajar perkataan kategori fiel..apabila kita sudah belajar mengenai fiel dan dah sampai bentuk fiel Mudhari'..maka sudah tibalah masanya kita belajar mengenai 2 anak harof ini iaitu harof nasob dan harof jazam..


Pada siri kali ini..kak Wada hanya sentuh dulu anak harof bernama nasob..ia mempunyai 7 beradik seperti dalam gambarajah di atas..ia berfungsi apabila berada sebelum fiel Mudhari'..apakah fungsinya?..fungsi harof nasob yang berada sebelum fiel mudhari' ialah ia membaris ataskan fiel Mudhari' selepasnya atau disebut fiel Mudhari' Mansub..bagaimanakah cara ia membaris ataskan?


Mudah sahaja..kita lihat dulu 14 dhomir yang semestinya korang dah hafal ni..


Pada siri lepas kita dah belajar tentang perubahan lughawi bentuk fiel Mudhari' Maklum yang kita sudah kenal melalui tanda-tandanya..namun apabila adanya harof nasob sebelum fiel Mudhari'..maka huruf terakhir fiel tersebut mesti berbaris atas..caranya yang pertama..bagi dhomir yang fielnya berbaris depan ditukar kepada baris atas..kedua bagi dhomir yang huruf terakhir fielnya adalah huruf ن atau dipanggil af'alul khomsah hendaklah dibuang huruf ن tersebut..manakala dua dhomir adalah Mabni atau kebal iaitu tidak berubah fiel asalnya..lihat gambarajah di bawah..


Nak lebih jelas lagi..perhatikan tiga gambarajah berikutnya..




Tak faham tak apa..ulang baca berkali-kali..paling penting usaha bersungguh-sungguh dan jangan berhenti belajar..Allah suruh kita usaha belajar dan tidak suruh kita memikirkan hasil faham atau tidak sebab bagi faham tu kerja Allah..InsyaAllah..Allah akan beri faham dengan usaha yang bersungguh-sungguh itu..
 
InsyaAllah..next siri kita akan belajar harof jazam pula..apakah fungsinya..teruskan istiqamah belajar bahasa al Quran..yang terbaik di antara kita adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya..
 

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. MashaAllah..perkongsian yg sgt bermanfaat! Rajah2 sungguh menarik & keterangan pun Alhamdulillah disampaikan dgn cara mudah. Diharap Wada dpt mencetak kompilasi nota2 ni dlm bentuk buku yg dpt kami beli utk rujukan. Berbyk t. kasih & Jazakillahu khayran katheera.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...